AKIBAT BER ‘KASIH SAYANG’ DENGAN BUAYA NYANYUK.

SANDAKAN, SABAH.

Seorang lelaki pekerja sambilan telah membuat tindakan berani terhadap seekor buaya tembaga di sebuah kolam pertunjukan Taman Buaya Batu 8, Sandakan. Nyawa lelaki ini hampir hilang kerana cuba untuk ber ‘kasih sayang’ dengan makhluk reptilia ini.

buaya-2-480x384

Pada pukul lebih kurang 1.45 PM itu, lelaki yang berusia 35 tahun itu sedang memberikan bangkai ayam kepada buaya tersebut untuk dimakan. Seusai sahaja dia memberi makan kepada buaya itu, dia tanpa rasa takut cuba untuk menggosok-gosok hidung buaya tersebut.

Dengan tiba-tiba, buaya itu terus membaham tangan kanannya sehingga cedera parah. Lelaki itu meronta-ronta minta dilepaskan. Malangnya, kakinya pula terputus dimakan buaya tersebut. Menggerunkan bukan?

Kejadian itu seterusnya disedari oleh beberapa orang kakitangan Taman Buaya tersebut selepas terdengar jeritan yang kuat oleh lelaki tersebut. Buaya itu sebenarnya diletakkan berasingan dari tempat buaya lain kerana bersifat agresif dan luar kawalan. Kini, lelaki tersebut sedang dirawat di sebuah wad di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Pihak Peaceful Harmonee berpesan supaya berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu kerja. Janganlah kita mengambil tindakan berani terhadap sesuatu yang boleh memberi kesan buruk terhadap kita.

Sekian sahaja entri kali ini. Terima Kasih ☺

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s