Tag Archives: Biawak Gergasi

BIAWAK GERGASI DIHERET KELUAR DARI SEBUAH RESTORAN OLEH SEORANG WANITA

New South Wales, Australia

Seorang pelayan wanita di sebuah restoran di Australia telah berlaku kasar terhadap seekor biawak gergasi di sebuah restoran dengan menarik ekornya untuk dibawa keluar dari restoran tersebut.

Ketika wanita tersebut menarik biawak gergasi itu pergi dari situ, pelanggan-pelanggan restoran tersebut sangat terkejut dengan tindakan berani wanita itu. Ada juga pelanggan yang menjerit ketika ternampak biawak tersebut.

Ada juga yang sempat merakam video biawak itu dibawa keluar dari situ dan video itu telah dimuat turun ke sebuah Facebook Page Mimosa Vine (boleh search ye) dan video itu telah ditonton sebanyak 553000 oleh penonton di seluruh dunia.

Pada pandangan pihak PEACEFUL HARMONEE, kami tidak rasa tindakan wanita ini sesuai dilakukan kepada seekor haiwan melainkan biawak ini memeberi ancaman. Menarik ekornya mungkin akan memberi kesakitan kepada haiwan tersebut dan termasuk dalam penganiayaan binatang. Mungkin kita boleh menggunakan alternatif lain seperti membungkus biawak itu ke dalam guni dan membuangnya ke tempat asalnya. Itu lebih baik. In sya Allah kita jumpa lagi di entri yang akan datang ­čśÇ

Advertisements